5 Tips Mudah Cari Bilik Sewa

1. Internet & Media Sosial

Antara cara paling mudah dan cepat untuk mencari bilik idaman anda. Sambil2 baca gossip, acah-acah hal negara & stalk aweks-aweks. korang boleh je usha-usha kat group dalam FB tue, guna keyword macam bilik, bilik sewa, room, room for rent, atau nama kawasan seperti nusajaya, etc. berpuluh2 group yg korang boleh refer. Tapi kalo nak lagi senang, refer kat page “bilik sewa johor” sahaja. Hehe. Selain itu, korang boleh je direct browse kat website sepert mudah[dot]com, ibilik[dot]com, etc.

2. Pusing Keliling Taman

Ini cara yang agak outdated dan memenatkan tetapi agak berkesan. Korang boleh pusing-pusing kat dalam taman perumahan yang berdekatan dengan tempat kerja or preferred area. Mesti ada yg tampal iklan samada depan rumah atau tepi jalan.
3. Singgah Gerai Makan Tepi Jalan
Bila dah penat pusing-pusing kat taman tue, singgah-singgah ler kat gerai-gerai area situ. Sambil minum, tanya2 lah dekat orang sekitar. Hehee maklumlah biasanya geng-geng kedai kopi nie update dengan perkembangan semasa terutama hal2 kejiranan.
4. Singgah Solat di Surau
Benda wajib, janganlah lupe ye. Bila masuk waktu masa tengah usha-usha bilik idaman, segerakanlah ke surau berdekatan. Minta Allah permudahkan. Insya Allah akan ditunjuk jalannnya. Sambil-sambil tue, tanyalah pak imam, bilal atau orang2 kariah sana.
5. Edar dan Tampal Iklan Mencari Rumah Sewa
Agak costly, tapi pasti berkesan. Selain anda, pemilik rumah juga mencari penyewa. Tindakan anda memudahkan mereka pasti memberi seribu satu kemanisan pada anda. Bila pemilik dah cari anda, pandai-pandai lah demand. Hahahaa

Join The Discussion

Compare listings

Compare